Majlis Daerah Batu
Gajah (MDBG) ditubuhkan pada 01 september 1977 di bawah Akta Kerajaan Tempatan
1978 (Akta 171). Keluasan kawasan pentadbiran MDBG terbaru berjumlah lebih kurang 41920 hektar (104800 ekar)
dengan jumlah penduduk kira-kira seramai 115,735 orang. Pusat Pentadbiran MDBG
terletak di Bandar Batu Gajah dan mempunyai 2 buah pejabat cawangan iaitu Pekan
Tronoh dan Pekan Tg.Tualang. ia bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran
disamping melaksanakan kawalan yang lebih komited ke atas segala aspek
pembersihan dan pembangunan bandar. Sebagai sebuah organisasi yang diletakkan
di bawah bidangkuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), MDBG
juga bertanggungjawab di dalam Perancangan dan Pembangunan kawasan
pentadbirannya bagi mewujudkan dan melahirkan satu corak kehidupan masyarakat
yang sejahtera, berbudaya, berilmu demi menuju kearah alaf yang akan datang.
Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Batu Gajah meliputi lima mukim iaitu
sg.Terap, Belanja, Tg.Tualang, dan sebahagian sg.Raia dan Hulu Kinta. Kawasan
pentadiran utama ialah Tg.Tualang , Pusing, Tronoh,Papan, sg.Durian, Siputeh
dan Hj Abd Wahab, manakala Bandar lain pula ialah Tg.Tualang, Pusing, Tronoh ,
Papan, Sg.Durian, Siputeh dan Sg.Raia.
MDBG juga Berjaya
merangkul beberapa anugerah seperti Anugerah Pejabat Terbaik (Ketiga) Tahun
2003 (Kategori PBT Negeri Perak ). Anugerah Kempen Jalur Gemilang (Pertama)
Tahun 2003 (Kategori PBT Negeri Perak) dan Anugerah Perbarisan Kawad Sempena
Bulan Kemerdekaan Tahun 2004- Johan (Kategori Jabatan Kerajaan). Pada tahun
2010, MDBG juga telah Berjaya mendapat Pensijilan MS ISO 9001:2008 pada 20 ogos
2010, Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S pada 25 November 2010 dan
menerima Penganugerahan 5 Bintang Laman Web Majlis.







0 comments:
Post a Comment